Showing posts with label jual panah tradisional murah. Show all posts
Showing posts with label jual panah tradisional murah. Show all posts

Saturday, August 15, 2020

Archery Bow Poundage Berapa Yang Sesuai Untuk Saya??

  Satu faktor yang paling penting sekiranya ingin melamar sesebuah busur adalah Daya Berat ( Poundage ), apakah Daya Berat yang sesuai untuk anda. Pemilihan poundage yang sesuai dapat membantu postur badan yang baik, pengalaman memanah yang baik, dan akan mengurangkan tahap kesakitan dan keletihan selepas sesi latihan memanah.

Berat Badan dan Daya Berat Tarikan adalah berkait rapat dan sangat berguna untuk menentukan daya berat yang tepat. Daya berat akan berbeza sekiranya perkembangan otot anda mula meningkat melalui latihan yang berterusan.

Apakah Daya Berat ini?

Bow poundage??

Biasa kita dengar atau temui istilah ini pada situasi berikut

  • Katalog busur
  • Kedai archery
  • Penjual busur
  • Buku panduan memanah
  • Etc

Poundage adalah dinisbahkan kepada daya berat tarikan.. iaitu UNIT bagi pengiraan berat (WEIGHT).

Tulisan ringkasannya adalah Lbs

Sebagai contoh Unit Weight yg sering digunakan untuk mengukur berat,

  • Kg = Kilogram
  • Lbs = Pounds
  • MT = Metric Tonne 
  • T = Short Tonne 
  • Oz = Ounce
  • Gr = Grains

https://www.unitconverters.net/

Bagaimana Nak Ukur Poundage??

 

                                                          Bow Scale

                             

                                                            Luggage Scale

                                                   

                                                        Body Weight Scale

 

Manakala unit untuk pengiraan berat pada busur adalah merujuk kepada DAYA TARIKAN TALI BUSUR


Ini adalah gambarajah secara ringkas bagaimana mengukur daya berat busur.

 


Ianya diukur pada kadar 28" ( B + S ) iaitu ideal panjang tarikan bagi kebanyakan orang

Kebiasaan ukuran adalah menggunakan weight scale yang khusus digunakan bagi busur.

 

 

Poundage Berubah Dari Setiap Draw Length??  

Perlu diingatkan tarikan yang kurang dari 28" akan menghasilkan Poundage yang lebih rendah, begitu juga tarikan melebihi 28" akan menghasilkan Poundage yang lebih tinggi dari yang tertera di busur.
 
Kebanyakan busur terutama Turkish, Tatar, Crimean dan sebagainya akan menggunakan 28'' sebagai indicator dan dicatatkan pada busur untuk rujukan Pemanah.
 
Manakala ada busur seperti Korean, Ming yang menggunakan 2 label iaitu 28" dan 33" ini adalah mengikut teknik tarikan seperti Korean Draw yang memerlukan panjang tarikan sehingga 33".
                                                            rule

Tarikan 1 Inch ~ menghasilkan 2-5lbs  ( -/+) berdasarkan bentuk busur

 
Anda boleh mengukur Draw Length masing2, menggunakan pembaris atau sekiranya ada Draw Length Scale adalah lebih baik.
 
Anda akan dapati setiap busur akan tertulis Marking (Poundage)# @ (Draw Length)"
 
Denote: 
# = Lbs. ( Poundage )
@ = pada kadar 
 
 
 
Untuk kanak-kanak biasanya panjang tarikan adalah sekitar 25-26Inches. Ibu bapa bole anggarkan poundage yg bersesuaian disebabkan poundage yg tertera adalah pada kadar tarikan 28Inches.


Semoga bermanfaat.
 
 



 
 

 

 

Tuesday, September 17, 2019

Aktiviti Memanah Tuntutan Sunnah - Berita Harian

Alhamdulillah majlis Petal 3.0 yang berlangsung 27 Oktober 2018 mendapat sambutan hangat. Pihak Arrouha diberi peluang menjadi salah sebuah badan penaja.

Petikan berita di akhbar Berita Harian.

Kepala Batas: Memanah bukan semata-mata sukan biasa, sebaliknya ia menjadi antara sunnah yang dituntut kepada umat Islam untuk mempelajarinya, selain berenang dan menunggang kuda.
Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian (belajar) memanah kerana ia sebaik-baik permainan.” (HR Bazzar dan Tabarani)

Falsafah memanah sebenarnya bukan saja dapat melatih fizikal seseorang, bahkan ia turut mendidiknya daripada sudut emosi untuk menjadi lebih sabar, tenang dan tidak mudah gelabah.
Ini kerana sekiranya emosi seseorang berada dalam keadaan tertekan, panik dan marah, sudah tentu tumpuannya akan terjejas, manakala pemikiran mudah tersasar.

Lebih penting lagi, memanah juga menjadi antara aktiviti riadah yang boleh memperkasakan ummah dan negara.

Tidak hairanlah Saidina Umar ibnu Khattab sendiri menyuruh umat Islam supaya menerapkan sukan memanah sebagai antara pendidikan kepada generasi muda seperti katanya: “Ajarlah anak-anak kamu dengan memanah, menunggang kuda dan berenang.”

Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah SWT daripada orang beriman yang lemah.” (HR Muslim)

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata agenda memperkasakan umat Islam memerlukan kerjasama setiap golongan lapisan masyarakat untuk menjayakannya.




Anjur program

Ahmad Zakiyuddin berkata, ketua masyarakat disarankan menganjurkan program yang boleh menarik minat segenap lapisan masyarakatnya.

“Usaha Surau Ar Rayyan di sini yang menganjurkan liga memanah, sangat baik kerana ia bukan sahaja menggalakkan masyarakat menyukai sukan digemari Nabi Muhammad SAW, bahkan menyatupadukan ummah.

“Melalui penganjuran sukan ini, masyarakat dari segenap lapisan dapat berhimpun dan berkumpul yang secara tidak langsung dapat bertukar-tukar fikiran.

“Ia akan dapat mengajak ummah ke arah kebenaran yang dituntut dalam Islam,” katanya selepas merasmikan Liga Memanah Tradisional Petal 3.0 di sini, baru-baru ini.

Ahmad Zakiyuddin berkata, kehadiran generasi muda khususnya ke masjid dan surau amat berkurangan hingga memerlukan setiap kariah memikirkan aktiviti yang boleh menarik minat mereka ke sana.

“Apa juga aktiviti yang ingin dilaksanakan jangan tinggal mana-mana golongan lapisan masyarakat sekiranya mahu melihat kepada perubahan.

“Sukan memanah yang dilaksanakan kariah ini, dapat menarik penyertaan semua golongan lapisan dari cilik, remaja hingga golongan dewasa yang pada masa sama ahli kariah dapat meuar-uarkan aktiviti lain yang dianjurkan,” katanya.

Sementara itu, Biro Akademi Memanah Rayyan (AMAR) Muhammad Afandy Abdullah, berkata sukan memanah yang sudah dianjurkan dalam kariah itu sejak tiga tahun lalu menampakkan hasil positif apabila mengeratkan persaudaraan dan membina semangat bekerjasama dalam kalangan Rukun Tetangga.

“Tujuan akademi mengadakan sukan ini kerana mahu menggalakkan seluruh generasi mempelajari dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW yang akan membangkitkan semangat kecintaan terhadap kekasih Allah SWT.


Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman membuat gimik percubaan memanah menggunakan busur Beginner Horse Bow keluaran Arrouha.


Menyatukan ummah

“Di sebalik penganjurannya juga, turut tersirat kemanisan dalam kalangan masyarakat apabila sukan ini juga mampu menyatukan ummah seperti yang dituntut dalam ajaran Islam,” katanya.

Bagi Pengerusi Kariah Surau Ar Rayyan, Muhd Helmi Md Zain, berkata akademi memanah yang diwujudkan dalam kariahnya begitu membantu dalam mengimarahkan kawasan surau.

“Surau yang terletak berdekatan dengan padang dijadikan tempat yang semua ahli datang menjalankan latihan pada setiap Ahad.

“Pada masa sama, kita dapat menggunakan peluang ini bagi mendekati mereka berkaitan aktiviti keagamaan yang dijalankan pihak surau,” katanya.

Jelasnya, bagi menarik lebih ramai rukun tetangga menyertai sukan memanah itu, pihaknya turut menyediakan kelengkapan memanah.

“Ini kerana kita mahu menarik lebih ramai menyertainya termasuk membantu mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.


Abg Din mengayakan panahan berkuda bersama busur Lang Legar.

Syabas Untuk Semua!!!

Sumber : https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/11/502448/aktiviti-memanah-dituntut-sunnah



 

Saturday, June 15, 2019

Barang Memanah Pun nak SCAM??

Assalamualaikum wbt., Salam Aidilfitri buat sahabat semua..
SCAMMER ?? FRAUD ?? PENIPU ?? SKIM Cepat Kaya  bole pegi Haji balik hari 




Kalo nak kisahkan berlambak2 kes2 SCAMMER ni berlaku kat Malaysia, sebab modus operandi ada saja depa tukar2 yang terbaru.. tapikan kalo tak tukar modus operandi pun orang Malaysia ni tetap kena tipu..huhu..

"TerSONTOT Di Pintu Shorga"


Siapa ingat satu ketika dulu yang kes penipuan EMAS ETA PAMP..satu Malaysia heboh..tak kurang juga sekali aku pun terkena aduhhhhh senak hati jiwa raga dowh,,,
Nama2 hebat seperti Tok Belagak DEPB , Kazanah Bangsa, Shafie Idris IIGR, ARBA dan seangkatan dengannya.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), kes penipuan menerusi panggilan dan SMS sehingga Oktober 2017 yang direkodkan berjumlah 3,069 kes.

Ni amik dari sumber satu blog ni tatau shohih ke tak anyway...ianya tetap berlaku betul tak?? tak caya?? try la join kut nak tersontot terduduk..hihi

Hari ni aku nak cakap sikit pasal geng  yg suka amik kesempatan ni...so kira scammer gak la kan..
Kita kecilkan scope kita hanya dalam bidang Jualan Peralatan Memanah saja ok.,
So dari observation aku ada beberapa kategori yang  benda ni boleh jadi SCAM ni.

 

Memang Niat Asal Nak SCAM

Ni jenis hampeh manusia macam ni yg tak bertanggung jawab. Basically scammer ni dia dah ada experience dgn produk lain sebelum ni. Jadi bila ada New Season yang mendapat sambutan,. jd dia mulakan Modus Operandi ( yang ada 1001 mcm jenis ) guna 1 pun dah ramai pakat tertipu.
Mudah je,.

a) Bukak Facebook page / Individual Fake account yang pastinya free. Post setiap hari, utk tunjukkan page tu aktif



b) Bukak blogspot - pastinya free lagi..


Register bebrapa Marketplace contoh Lazada dan Shopee untuk membuktikan mereka ini agak established.


Bukak website berbayar - RM200-RM300 ni nak tingkatkan lagi keyakinan customer utk nak berurusan especially kes melibatkan puluh ribu keatas,,,pedehal bayar RM300 setahun.

 

Asal betul last sekali TER SCAM 

Orang jenis ni banyak sebab apa kadang dia tak mampu nak uruskan perniagaannya atau dengan kata lain tak terurus mungkin sebab2 tertentu  (bad habit, lupa kata laluan online, phone masalah, sakit demam, sibuk dgn bisnes lain pd masa yg sama, mungkin dah TERKAYA tetiba so duit tuan/puan dia tak pandang ler dan etc ).


a) Reseller
Kategori reseller online yang supplier tatau pun dia ni jual barang dia. Yg ni aku dah jumpa beberapa orang yg mana dia advertised produk kita tpi harga agak sedikit mahal. Bila ditanya dia cakap dia tak de kedai dan hanya amik order. Bila diberitahu yg kita owner produk dia cepat2 minta maaf.

Bila disemak dia advertised byk betul pelbagai jenis barangan yg pelbagai kategori bayang kan kalo satu produk tu supply tak pos. Then mcm mana nak jawab. dgn customer.
That why jumpa nama dia kat dalam web yg ckp dia ni scammer..
So RESELLER pls be cautious. Kalo nak jd reseller ok tapi kena la bgtau supplier supaya mudah berurusan.

b) Dropshipper
Orang ni amik order dengan orang lain dan lepas dapat order dia terpaksa deal dengan supplier. Wahal dia takde pun barang tu kat dia. Kategori dropshipper ni okay kurang risiko dengan reseller yang tak berdaftar.


c) Ex - Agent / Dealer / Partner
Mereka ni biasanya sebelum ni penah jadi agen jualan produk2 tertentu tetapi dah meninggalkan syarikat tersebut. Tetapi masih nak dapatkan audience yang sama tetapi menawarkan barangan lain.

Kes2 mcm ni aku hadapi sendiri hanya nak dapatkan customer sanggup cakap produk keluaran Arrouha sebaliknya menawarkan produk lain. So dah kira TIPU kan?
Alhamdulillah customer org yang baik juga, bila call dia ckp dia beli dengan orang sekian2 dan bank-in, janji nak pos tapi sampai seminggu bila call tak angkat dan whatsapp tak balas. So nak expect customer cakap pe?? Dah sah la ckp awak tu SCAMMER amik duit tp takde jawapan bila ditanya. Mungkin ada masalah kesihatan atau phone rosak atau apa2 tapi pada masa yang sama kena bertanggungjawab pada pelanggan kita. So fikirkan cara terbaik untuk kedua2 belah pihak.

Jangan biarkan BAD ATTITUDE memusnahkan diri kita.

Ni contoh yang masih panas ketika ini.. semoga kes ni dapat diselesaikan sebaiknya



Ni pula jenis BAD ATTITUDE, org dah bank in pastu senyap terus.

Yang ni pula RESELLER


Macam mana nak semak SCAMMER/FRAUD ??

Tahukah anda, bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah membangunkan satu laman untuk anda membuat semakan NO TELEFON, NAMA SYARIKAT atau NO AKAUN BANK sebelum anda berurusan?
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/# adalah platform untuk membantu mengurangkan kes penipuan pembelian online. Anda boleh membuat semakan sama ada no telefon / no akaun bank tersebut telah mempunyai rekod dengan pihak Polis atau tidak.

https://scam.my/

Walaupun tiada dalam carian  ianya tidak bermaksud bukan SCAMMER / FRAUD / PHISHING.
Sebaiknya siasat latar belakang
  • Person/Company/
  • No Telefon
  • No Account
dengan membuat carian Internet, biasanya sekiranya mereka pernah menipu akan ada "..qoutes" mengenai mereka dalam carian bagi mangsa yang pernah kongsikan kes mereka, biasanya dalam Facebook, community forum-forum, blogspot, website, newspaper, majalah online dan sebagainya.

Andai di Facebook, ebay, shopee, lazada - boleh lihat review pengguna mengenai service mereka.
Ambil lah sedikit masa untuk buat carian sebelum anda berakhir dengan kesalan.


Bagi pihak kami Arrouha akan cuba sedaya upaya untuk memastikan pihak pengguna menerima servis terbaik. Sekiranya mempunya masalah boleh terus hubungi saya di semua channel dibawah.
Disini saya ingin maklumkan Official Store untuk produk Arrouha adalah seperti berikut



zairo@arrouha.my

Arrouha Sports & Outdoors Sdn Bhd (1231824-U)

No 22, Jalan Mutiara 4/2, Taman Sri Nanding

43100 Hulu Langat, Selangor

www.arrouha.my