Wednesday, July 26, 2017

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Aktiviti Memanah

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Aktiviti Memanah
Menjadi seorang pemanah keselamatan adalah faktor yang amat penting untuk ditekankan. Mengabaikan faktor keselamatan boleh menyebabkan kecederaan ringan dan juga kritikal.
Berikut adalah langkah keselamatan asas yang perlu diambil perhatian
1.     Alatan Memanah
Sentiasa memeriksa peralatan seperti busur dalam keadaan baik dan perlu dicuba tarik beberapa kali sebelum menggunakannya.
Periksa tali busur dalam keadaan yang baik dan tiada tali yang putus. Tali dipasang dengan betul pada busur iaitu kedudukan yang betul bahagian atas dan bawah.        

Pastikan anak panah (arrow) anda tidak retak atau pecah dengan cuba dilentur-lentur beberapa kali. Periksa juga bahagian mata panah (point) dalam keadaan ketat sekiranya ianya berskru.


Memeriksa segala kelengkapan seperti armguard, quiver, chest guard, finger tab, glove dan sebagainya adalah dalam keadaan baik.


Pemanah adalah dilarang sama sekali melakukan…
DRY FIRE – keadaan dimana kita menarik busur dan melepaskan tanpa anak panah. Ianya akan menyebabkan kerosakan pada busur.
HUMAN POINTING – menarik busur berserta arrow dan menghalakan kepada manusia (bergurau senda )
Memanah ke udara – melakukan panahan ke udara tanpa pengawasan coach.
2.    Lapang Sasar
·       Jarak yang sesuai untuk memanah
·       Target butt dan stand dalam keadaan baik tidak hancur yang boleh menyebabkan anak panah menembusi target.
·       Tiada laluan pejalan kaki atau kenderaan memarkir di belakang target butt
·       Perlu ada arahan suara atau tiupan wisel yang jelas supaya dapat didengari oleh pemanah.


3.    Kaedah Memanah

Gunakan teknik dan kaedah memanah yang telah dipelajari dengan betul.
Pemanah yang baharu perlu melakukan aktiviti memanah dengan pengawasan jurulatih
Sekiranya berlaku KEMALANGAN segera melaporkan kepada jurulatih




No comments:

Post a Comment