Tuesday, May 5, 2020

Archery Bow Bag Quality Polyster Long Type Most Common Fitted Bow Size Traditional or Recurve Long Bow

Archery Bow Bag Quality Polyster Long Type Most Common Fitted Bow Size Traditional or Recurve Long Bow by Arrouha

Material : Polyster 600D
Size : 1500 x 31 x 10mm
Weight : 0.5kg
Internal Design : Bow compartment section, Long Pocket
Colour : Black
Handle : Hand Held Grab, Shoulder Pack

Most Common Bow Fitted Size.

Limited Stock!

Please Hurry!

RM290
PROMO RM220




Image result for order online

Click Disini




Thursday, March 12, 2020

Archery Velocity Speed Measurement Chronograph Record Data MPS / FPS




Produk ini adalah D.I.Y yang direkacipta khusus untuk membantu pemanah-pemanah untuk mengukur tahap kelajuan anak panah yang dilepaskan oleh busur. Ianya amat membantu sekiranya anda adalah seorang yang amat prihatin dan teliti tentang pemilihan bagi kesesuain busur dan anak panah.

Bagi seseorang pembuat busur, ianya sangat membantu anda untuk mengetahui tahap pencapaian setiap rekaan busur anda.

 Komponen utama pada alat ini adalah dikategorikan sebagai Industrial-Grade-Package,
~ Stable Performance
~ Small error
~ Accuracy
~ High Sensitivity

Alat ini bole digunakan samaada Indoor atau pun Outdoor.
Menyimpan data sebanyak 20 sets dan ianya akan dijumlah sebagai Average Result.

Spesifikasi:
~ Voltage: DC 6V
~ Battery: 4 * AA battery
~ Working Temperature: -30℃ - 60℃
~ Accuracy: test error ≤0.5%
~ Measuring Range: 1-3000 M/S(FPS range 30-9000)

Tripod telepon bimbit boleh digunakan untuk diletakan peranti ini.

Saiz: 330 * 80 * 44mm / 12.99 * 3.15 * 1.73in
Pakej Saiz: 350 * 110 * 110mm / 13.78 * 4.33 * 4.33in
Berat: 436g / 0.96lb
Berat Pakej: 520g / 1.15lb

Nota:

Produk ini adalah menggunakan sinaran radiasi merah (Infra-red). Sumber cahaya yang diperlukan telah pun disediakan Bersama produk ini. Untuk mendapatkan keputusan yang efektif disarankan kegunaan pada cahaya yang sedikit gelap. 

Untuk kegunaan lapangan ( Outdoor ) - Penghadang cahaya yang disediakan hendaklah sentiasa dipasang.

Ketika membuat Shooting Test  yang berkelajuan tinggi, hendaklah memastikan faktor keselamatan seperti arrow melanggar yang mengakibatkan kerosakan terhadap mesin.

Sentiasa memerhatikan kiri dan kanan tiang lampu LED ketika memasangkannya dan lampu perlu dipasang menghadap kebawah.

Pakej Ditawarkan adalah :

1 x Speed Measuring Instrument
3 x pcs spare light strip (easy to be damaged by shooting, recommended as a spare tire)
FREE Tripod











MACAM MANA NAK BELI?

Hanya LENGKAP kan borang dibawah


RM 459 Sahaja! 
Harga ini mungkin akan dinaikkan bila-bila masa.
Pastikan anda bertindak pantas untuk membuat pembelian. 

RM 359 Sahaja! 
RM 359 Sahaja! 




Image result for order online

Click Disini

 







 
Zairol Daud





Sunday, March 1, 2020

Kitab Pusaka Ilmu Memanah Dalam Islam oleh Al Habib Qori Afrizan AL-Khered dari Teknik Memanah dari Manuskrip Kuno

Kitab " Pustaka Ilmu Memanah Dalam Islam" adalah sebuah karya Al Habib Qori Afrizan Al-Khered ini adalah terbitan kedua mengenai ilmu memanah yang diterbitkan oleh al-Wafi Publishing setelah buku " Teknik Memanah Dalam Islam".



Kitab ini adalah langkah kedua untuk mengenali lebih jauh khazanah ilmu memanah Islam, baik dari segi alatannya yang berupa busur dan anak panah, maupun dari segi tekniknya. Pembahasan yang lebih mendalam boleh didapati didalam kitab ini secara lebih terperinci. Sehingga ianya sesuai disarankan oleh pemanah-pemanah yang mahir terutama yang telah mendalami pengenalan asas dari kitab Al-Furusiyyah karya Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.

Kitab ini adalah bersandarkan dari manuskrip kuno yang berjudul lengkap "Al-Idhah fi Ar-Rimayah fi Fahl Al-Qaus wa Al-Watar wa An-Nusyab wa Ma'rifati Usuli Dzalik" karya Al-Imam Abu Abdillah Muhammad Bin Yusuf Al-Ikhbari Asy-Sayfi'i ini disajikan dengan bahasa yang lebih mudah difahami juga disediakan gambar atau ilustrasi dalam teknik memanah.

Semoga Allah SWT memberkahi kitab ini dan membawa manfaat yang sebesar-besarnya bagi kaum Muslimin serta mendapat Istiqamah dalam mengamalkan dan menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW. Ameen

Muka Surat : 194 termasuk kulit
Bewarna Kulit dan Halaman didalamnya
Penulis : Al-Habib Qori Afrizan Al-Khered
Penerbit : Al-Wafi Publishing, SOLO
ISBN : 978-979-1093-52-1
Cetakan : Februari 2020









 




Tuesday, September 17, 2019

Aktiviti Memanah Tuntutan Sunnah - Berita Harian

Alhamdulillah majlis Petal 3.0 yang berlangsung 27 Oktober 2018 mendapat sambutan hangat. Pihak Arrouha diberi peluang menjadi salah sebuah badan penaja.

Petikan berita di akhbar Berita Harian.

Kepala Batas: Memanah bukan semata-mata sukan biasa, sebaliknya ia menjadi antara sunnah yang dituntut kepada umat Islam untuk mempelajarinya, selain berenang dan menunggang kuda.
Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian (belajar) memanah kerana ia sebaik-baik permainan.” (HR Bazzar dan Tabarani)

Falsafah memanah sebenarnya bukan saja dapat melatih fizikal seseorang, bahkan ia turut mendidiknya daripada sudut emosi untuk menjadi lebih sabar, tenang dan tidak mudah gelabah.
Ini kerana sekiranya emosi seseorang berada dalam keadaan tertekan, panik dan marah, sudah tentu tumpuannya akan terjejas, manakala pemikiran mudah tersasar.

Lebih penting lagi, memanah juga menjadi antara aktiviti riadah yang boleh memperkasakan ummah dan negara.

Tidak hairanlah Saidina Umar ibnu Khattab sendiri menyuruh umat Islam supaya menerapkan sukan memanah sebagai antara pendidikan kepada generasi muda seperti katanya: “Ajarlah anak-anak kamu dengan memanah, menunggang kuda dan berenang.”

Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah SWT daripada orang beriman yang lemah.” (HR Muslim)

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata agenda memperkasakan umat Islam memerlukan kerjasama setiap golongan lapisan masyarakat untuk menjayakannya.




Anjur program

Ahmad Zakiyuddin berkata, ketua masyarakat disarankan menganjurkan program yang boleh menarik minat segenap lapisan masyarakatnya.

“Usaha Surau Ar Rayyan di sini yang menganjurkan liga memanah, sangat baik kerana ia bukan sahaja menggalakkan masyarakat menyukai sukan digemari Nabi Muhammad SAW, bahkan menyatupadukan ummah.

“Melalui penganjuran sukan ini, masyarakat dari segenap lapisan dapat berhimpun dan berkumpul yang secara tidak langsung dapat bertukar-tukar fikiran.

“Ia akan dapat mengajak ummah ke arah kebenaran yang dituntut dalam Islam,” katanya selepas merasmikan Liga Memanah Tradisional Petal 3.0 di sini, baru-baru ini.

Ahmad Zakiyuddin berkata, kehadiran generasi muda khususnya ke masjid dan surau amat berkurangan hingga memerlukan setiap kariah memikirkan aktiviti yang boleh menarik minat mereka ke sana.

“Apa juga aktiviti yang ingin dilaksanakan jangan tinggal mana-mana golongan lapisan masyarakat sekiranya mahu melihat kepada perubahan.

“Sukan memanah yang dilaksanakan kariah ini, dapat menarik penyertaan semua golongan lapisan dari cilik, remaja hingga golongan dewasa yang pada masa sama ahli kariah dapat meuar-uarkan aktiviti lain yang dianjurkan,” katanya.

Sementara itu, Biro Akademi Memanah Rayyan (AMAR) Muhammad Afandy Abdullah, berkata sukan memanah yang sudah dianjurkan dalam kariah itu sejak tiga tahun lalu menampakkan hasil positif apabila mengeratkan persaudaraan dan membina semangat bekerjasama dalam kalangan Rukun Tetangga.

“Tujuan akademi mengadakan sukan ini kerana mahu menggalakkan seluruh generasi mempelajari dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW yang akan membangkitkan semangat kecintaan terhadap kekasih Allah SWT.


Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman membuat gimik percubaan memanah menggunakan busur Beginner Horse Bow keluaran Arrouha.


Menyatukan ummah

“Di sebalik penganjurannya juga, turut tersirat kemanisan dalam kalangan masyarakat apabila sukan ini juga mampu menyatukan ummah seperti yang dituntut dalam ajaran Islam,” katanya.

Bagi Pengerusi Kariah Surau Ar Rayyan, Muhd Helmi Md Zain, berkata akademi memanah yang diwujudkan dalam kariahnya begitu membantu dalam mengimarahkan kawasan surau.

“Surau yang terletak berdekatan dengan padang dijadikan tempat yang semua ahli datang menjalankan latihan pada setiap Ahad.

“Pada masa sama, kita dapat menggunakan peluang ini bagi mendekati mereka berkaitan aktiviti keagamaan yang dijalankan pihak surau,” katanya.

Jelasnya, bagi menarik lebih ramai rukun tetangga menyertai sukan memanah itu, pihaknya turut menyediakan kelengkapan memanah.

“Ini kerana kita mahu menarik lebih ramai menyertainya termasuk membantu mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.


Abg Din mengayakan panahan berkuda bersama busur Lang Legar.

Syabas Untuk Semua!!!

Sumber : https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/11/502448/aktiviti-memanah-dituntut-sunnah



 

Tuesday, August 13, 2019

Ape Bende Korang Jual Barang Memanah Ni Dalam Iklan Lain Sampai Lain??


Assalamualaikum WBT Sahabat semua..
Ketemu lagi buat kali ini..ya la apa yang nak kongsikan kali ini ye?
Oh ya ada satu isu kecil yang biasanya terbeban pada peniaga online. Mungkin kita tak sedar walaupun sebenarnya benda agak besar bagi peniaga2 yang ada store online dan periuk nasi dorang adalah disitu. Ecommerce ni adalah salah satu industri yang membantu peniaga kecil yang tiada fizikal kedai bahkan kompeni yang besar.

Cuba tengok statistik kat bawah yg dilaporkan Malaysian Communication and Multimedia Commision July 2017.

https://www.statista.com/outlook/243/122/ecommerce/malaysia

Lebih dari separuh dari kita membelanjakan wang dengan membuat pembelian terus ditalian.
Jadi sebagai SELLER yang ingin berjaya sebenarnya ANDA amat bertuah dan berpotensi untuk terus berjaya, ONLINE STORE kena betul2 diJAGA rapi. Itu adalah sumber rezeki kita,




Korang mesti pernah shopping kat marketplace seperti LAZADA, SHOPEE, EBAY, Mudah.my, Lelong, Amazon dan sebagainya.


Kalo dilihatkan iklan dalam tu kebanyakan especially store yang branded atau yang bawa jenama besar2 mesti cantik kan iklannya. SELLER yang professional dan teliti akan menyediakan semua info jelas diletakkan supaya tidak mengelirukan BUYER.

Sebenarnya itulah Teknik Pengiklanan iaitu bertujuan;

Sebagai Daya tarikan kepada customer utk click pada iklan

 

Semua info jelas supaya tiada misleading dan customer suka akan penerangan yang jelas




Dan untuk nak hasilkan iklan tersebut mahal juga kosnya tau. UPAH designer amik gambar lepas tu buat design...bukan main letak2 je lepas tu upload.  

Juga setengah store untuk marketplace adalah berbayar. Kesungguhan ini dilakukan oleh peniaga online.

ISUNYA APA ??


Ya la isunya sebagai seorang BUYER, sebelum membeli barangan dalam online store ini, silalah BACA sepenuhnya description yang diberikan, semua mengenainya.

Apa yang dijual apa yang dapat
Warna

Fungsinya
Ukuran barangnya ( kalo dapat kena tahu anggarkan MM, CM, METER, INCHES, LBS,adalah apa dan panjangnya bagaimana, beratnya bagaimana)



Jadi sekiranya jelas semuanya barulah buat pertimbangan untuk meneruskan pembelian ditalian.
Supaya SELLER merupakan seorang yang jujur pastinya akan menyediakan items seperti yang diiklankan.

Dan semua ini boleh diperolehi dan dipaparkan pada review customer - Shop Rating.
Dengan ini tidak timbul masalah salah faham sebagai contoh BUYER terus beli tanpa BACA atau BERTANYA kepada SELLER, dan apabila item sampai akan jadi masalah, lalu meletakkan LOWEST RATING. Hanya disebabkan DIRI SENDIRI.



Kesian kan SELLER, yang berharapkan RATING tertinggi sebagai kayu aras untuk customer membuat pertimbangan baik untuk MEMBELI di store mereka.



Anyway kita akan cuba buat yang terbaik untuk membantu semuanya. Sekiranya ada masalah atau tersalah semuanya boleh diselesaikan Insya ALLAH, melainkan ada SELLER yang cuba berlepas tangan. So jenis macam ni terimalah nasib 1 Star forever..

Kami amat memerlukan SOKONGAN dari TUAN / PUAN untuk membantu kami dalam meneruskan legasi seni panahan ini.


Terima kasih tak terhingga kepada semua customer yg sentiasa menyokong esp repeated customer dah jadi macam sahabat karib sering berbual tanya kabar. Semoga semua urusan kalian dimudahkan hendaknya.
Jemput semua singgah di STORE kami di bawah ini...



zairo@arrouha.my

Arrouha Sports & Outdoors Sdn Bhd (1231824-U)

No 22, Jalan Mutiara 4/2, Taman Sri Nanding

43100 Hulu Langat, Selangor

www.arrouha.my