Showing posts with label outdoors. Show all posts
Showing posts with label outdoors. Show all posts

Monday, December 26, 2016

Arrouha™ Arrow Glove Hand Guard Protector

Arrouha™ Arrow Glove Hand Guard Protector

Description:
  • High grade cow leather, strong and durable
  • With hook and loop fasteners belt in the wrist, adjustable and suitable for most people
  • Material: Cow leather
  • Length: Approx. 17cm / 6.7 inch
  • Finger Width: approx. 2.5 cm
  • Color: Black
  • Fits for left hand
★ Size S, M, L, XL, XXL (Asian Fit)
★ 100% genuine leather
★ Arrouha Label 

Price RM45

IMG_9162
IMG-9161
IMG_3283IMG_3287IMG_3289

 
 
9d5f6-shopping-made-easy-header-1
                                
                   
 
 

Sunday, December 18, 2016

Arrouha™ Top Quality Self Healing Foam Archery Target Butt

Arrouha™ Top Quality Self Healing Foam Archery Target Butt 

Brand: Arrouha™
Product Code: A-ATB
Availability: In Stock
Price: RM80.00 

Description:
  • High grade PE (PolyEthylene) foam 2.2pcf 
  • Self Healing with durable
  • Size : 50cm(L) x 50cm(W) x 10cm(Thk)
  • Ligthweight
  • Color: White












 
BEST-SELLING and TRUSTED BRAND in the market by LOCAL Bow Maker.
 





Thursday, December 1, 2016

Siapa Kami???

Saya Mohd Zaironizam Daud dari Arrouha™ Group Malaysia. Pihak kami menerajui dalam
industri PEMBUATAN BUSUR PANAH TRADISIONAL yang beroperasi di Bt10 Hulu Langat,
Selangor.





Kepakaran kami adalah didalam industri pembuatan busur panah tradisional yang digunakan secara meluas oleh ramai PEMANAH dan ahli sukan serta golongan pelajar baik di MALAYSIA mahupun di negara jiran seperti di SINGAPURA dan juga di INDONESIA. Kami membantu golongan Pemanah, bakal Pemanah dan mereka yang ingin menceburi dalam sukan MEMANAH untuk memiliki busur panah BUATAN TEMPATAN yang BERKUALITI, TAHAN LASAK pada harga MAMPU MILIK.

Masalahnya adalah kebanyakan busur panah yang terdapat dipasaran adalah diimport dari negara luar berharga jauh lebih mahal dan kebanyakan menggunakan material (kulit ) yang tidak suci dari segi syarak ( kulit KHINZIR).

Kami menawarkan perkhidmatan konsultansi dan khidmat nasihat untuk memiliki busur yang sesuai. Selain itu juga kami ada juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan baik pulih busur. Pelanggan kami berpeluang untuk memilih sendiri desain untuk setiap busur. Untuk mendapatkan perkhidmatan kami para pelanggan boleh datang sendiri ke Bengkel Pembuatan Arrouha seperti alamat dibawah atau melayari website seperti dibawah.

>> http://busurpanahmalaysia.blogspot.my/2016/04/kuda-arab-ankara.html





Arrouha Sports and Outdoors

No 22, Jalan Mutiara 4/2,
Tmn Sri Nanding,

43100 Hulu

Langat, Selangor




Tahun ditubuhkan: 2012



 Call / Whatsapp 
Zairol Daud

+60192781829


zairo@arrouha.com



"Jangan Cakap Abang Tak Panah"



Our Location






Tuesday, November 22, 2016

Arrouha™ Redcarpet Backdrop

Alhamdulillah selesai proses renovation yang sebenarnya amik masa lanjutan atas sebab kesibukan proses production busur untuk menampung permintaan. Renovation ini kita lakukan sendiri oleh team Arrouha™.
Kali ini Arrouha™ menampilkan design terbaru backdrop ala-ala redcarpet untuk customer / rakan2 datang dapat bergambar dengan lebih efficient dengan background yang nampak kontemporari semasa dalam Gallery. Saiznya adalah 18ft x 10ft. Design oleh Hazrezal Ahmad dari Kretiva Studio ini tidak mengecewakan team Arrouha™. Ciri2 kemasan ide dan nampak luxury branding dapat mencuri lirikan mata pelanggan dan rakan2 yang hadir disini.
Berikut adalah beberapa stage semasa proses renovation yang dapat kami kongsikan.


   
   Proses pemasangan karpet sedang dijalankan. 



Wallpaper ini terbahagi kepada 5 bahagian, jadi bahagian tengah perlu dipasang terlebih dahulu untuk memastikan kedudukan ditengah2.


Percubaan pertama bergambar untuk nak pastikan lighting ok ke tak..camna ok ke tak ni? awak la..awak yang tengah baca ni...jawab lah ( gurau je yer)



Ni bahagian display area yang masih belum siap, ada 2 board yang masih belum dipasangkan lagi.




Bergambar bersama Ustaz Syeikh salah sorang sahabat dan pemanah Malaysia.


Ni Surprise Birthday gift dari my wife, adhoc simple celebration







Bersama Coach Ali dan teamnya datang dari Singapore visit Arrouha Gallery.



Arrouha Sports and Outdoors 

No 22, Jalan Mutiara 4/2, Tmn Sri Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor

Wednesday, September 14, 2016

Ilham Busur Korea




Wan Nur Ameera Meor Rozman
bisnes@hmetro.com.my
img_46611
Hulu Langat: Arrouha Sports & Outdoors (ASO), pengeluar busur tradisional tempatan merancang menampilkan satu lagi rekaan busur diinspirasikan daripada busur empayar Korea pada Disember ini.

Pengasas Bersamanya, Mohd Zaironizam Daud berkata, pengeluaran pelbagai jenis busur oleh ASO mengikut kesesuaian cuaca Malaysia adalah tepat setanding perkembangan sukan memanah tempatan.
“Setakat ini, kami mempunyai empat jenis busur termasuk Jati Tunggal yang khusus untuk pemain baru, Lela Kenchana untuk kanak-kanak serta Anak Awan untuk orang dewasa.
“Busur ASO mempunyai keunikan tersendiri kerana ia diperbuat daripada kayu-kayan tempatan antaranya kayu Cengal, Resak, Nyatuh dan Balau hasil kemahiran kerja tangan,” katanya.
Sementara itu, Pengasas Bersama kedua ASO, Muhammad Nazim Ab Ghani berkata, pihaknya sentiasa memastikan kualiti busur keluaran syarikatnya di mana setelah gentian kaca dan kayu disatukan menggunakan gam khas, busur perlu dibiarkan selama tiga hingga tujuh hari untuk memastikan pengeringan berlaku dengan sempurna.
“Busur Anak Awan yang dihasilkan daripada gentian kaca mempunyai reka bentuk khusus untuk pemanah berkuda, Lela Kenchana yang ringan dan mempunyai corak warna menarik sesuai untuk kanak-kanak berusia seawal empat tahun manakala Jati Tunggal dengan reka bentuk moden pula didatangkan dengan ciri ringan, lasak dan berwarna-warni.
“Dengan kepelbagaian busur yang ditampilkan, kami menyasarkan penjualan busur tersebut berada dalam pasaran Malaysia dan luar negara sebelum akhir tahun,” katanya.
Sementara itu, Mas Ilmi Masri yang turut merangkap Pengasas Bersama ASO berkata, pihaknya merancang memasarkan busur keluaran ASO ke beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Thailand sebelum penghujung tahun ini.
“Bagi menampung permintaan tinggi, kami berhasrat berpindah ke kilang lebih besar dengan keluasan 3,200 kaki persegi berbanding 900 kaki persegi untuk menghasilkan 3,000 unit busur dalam tempoh seminggu berbanding 500 unit untuk saiz kedai sedia ada.
“Busur kami yang dijual pada harga mampu milik bernilai antara RM160 sehingga RM590 boleh dibeli secara terus di bilik pameran kami mahupun menerusi laman sosial Facebook Arrouha Sports and Outdoors,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 7:12 AM

IMG_4357[1].PNG
contactUs

Thursday, August 4, 2016

Package Busur Anak Awan RM595!!

21b5c-sale

Package Anak Awan RM595!!


Special HandMade by Arrouha Group Malaysia.
This product has been engineered for ARCHER and remaining very reliable EASY HANDLING and COMFORTABLE while shooting.

Specifications;
  • High Quality Fiberglass Bow
  • Dacron Bowstring
  • Bow Length 46″
  • Draw Weight 40lbs
  • Draw Length 28″
  • Resak Wood Siyah
  • Leather wrapped handle
  • Assorted wrapped limb
  Lizard Skin decorated PU
        – Brown
        – Black
Includes ;
  • Wood Arrow 5pcs
  • Capal leather thumbguard
  • Hip Quiver
  • Leather Armguard
  • Bow Sock
Retail Price : RM649
PROMO Price : RM595  ONLY!!! (Including Postage + packaging)
Ready For Fun Shoot Now!!!

contact us.jpg

📞Zairol 0192781829
📧zairo@arrouha.com





buy-now1
img_0027b16c2-img_0010


buy-now1