Showing posts with label busur panah Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label busur panah Rasulullah. Show all posts

Tuesday, September 17, 2019

Aktiviti Memanah Tuntutan Sunnah - Berita Harian

Alhamdulillah majlis Petal 3.0 yang berlangsung 27 Oktober 2018 mendapat sambutan hangat. Pihak Arrouha diberi peluang menjadi salah sebuah badan penaja.

Petikan berita di akhbar Berita Harian.

Kepala Batas: Memanah bukan semata-mata sukan biasa, sebaliknya ia menjadi antara sunnah yang dituntut kepada umat Islam untuk mempelajarinya, selain berenang dan menunggang kuda.
Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian (belajar) memanah kerana ia sebaik-baik permainan.” (HR Bazzar dan Tabarani)

Falsafah memanah sebenarnya bukan saja dapat melatih fizikal seseorang, bahkan ia turut mendidiknya daripada sudut emosi untuk menjadi lebih sabar, tenang dan tidak mudah gelabah.
Ini kerana sekiranya emosi seseorang berada dalam keadaan tertekan, panik dan marah, sudah tentu tumpuannya akan terjejas, manakala pemikiran mudah tersasar.

Lebih penting lagi, memanah juga menjadi antara aktiviti riadah yang boleh memperkasakan ummah dan negara.

Tidak hairanlah Saidina Umar ibnu Khattab sendiri menyuruh umat Islam supaya menerapkan sukan memanah sebagai antara pendidikan kepada generasi muda seperti katanya: “Ajarlah anak-anak kamu dengan memanah, menunggang kuda dan berenang.”

Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah SWT daripada orang beriman yang lemah.” (HR Muslim)

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata agenda memperkasakan umat Islam memerlukan kerjasama setiap golongan lapisan masyarakat untuk menjayakannya.




Anjur program

Ahmad Zakiyuddin berkata, ketua masyarakat disarankan menganjurkan program yang boleh menarik minat segenap lapisan masyarakatnya.

“Usaha Surau Ar Rayyan di sini yang menganjurkan liga memanah, sangat baik kerana ia bukan sahaja menggalakkan masyarakat menyukai sukan digemari Nabi Muhammad SAW, bahkan menyatupadukan ummah.

“Melalui penganjuran sukan ini, masyarakat dari segenap lapisan dapat berhimpun dan berkumpul yang secara tidak langsung dapat bertukar-tukar fikiran.

“Ia akan dapat mengajak ummah ke arah kebenaran yang dituntut dalam Islam,” katanya selepas merasmikan Liga Memanah Tradisional Petal 3.0 di sini, baru-baru ini.

Ahmad Zakiyuddin berkata, kehadiran generasi muda khususnya ke masjid dan surau amat berkurangan hingga memerlukan setiap kariah memikirkan aktiviti yang boleh menarik minat mereka ke sana.

“Apa juga aktiviti yang ingin dilaksanakan jangan tinggal mana-mana golongan lapisan masyarakat sekiranya mahu melihat kepada perubahan.

“Sukan memanah yang dilaksanakan kariah ini, dapat menarik penyertaan semua golongan lapisan dari cilik, remaja hingga golongan dewasa yang pada masa sama ahli kariah dapat meuar-uarkan aktiviti lain yang dianjurkan,” katanya.

Sementara itu, Biro Akademi Memanah Rayyan (AMAR) Muhammad Afandy Abdullah, berkata sukan memanah yang sudah dianjurkan dalam kariah itu sejak tiga tahun lalu menampakkan hasil positif apabila mengeratkan persaudaraan dan membina semangat bekerjasama dalam kalangan Rukun Tetangga.

“Tujuan akademi mengadakan sukan ini kerana mahu menggalakkan seluruh generasi mempelajari dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW yang akan membangkitkan semangat kecintaan terhadap kekasih Allah SWT.


Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman membuat gimik percubaan memanah menggunakan busur Beginner Horse Bow keluaran Arrouha.


Menyatukan ummah

“Di sebalik penganjurannya juga, turut tersirat kemanisan dalam kalangan masyarakat apabila sukan ini juga mampu menyatukan ummah seperti yang dituntut dalam ajaran Islam,” katanya.

Bagi Pengerusi Kariah Surau Ar Rayyan, Muhd Helmi Md Zain, berkata akademi memanah yang diwujudkan dalam kariahnya begitu membantu dalam mengimarahkan kawasan surau.

“Surau yang terletak berdekatan dengan padang dijadikan tempat yang semua ahli datang menjalankan latihan pada setiap Ahad.

“Pada masa sama, kita dapat menggunakan peluang ini bagi mendekati mereka berkaitan aktiviti keagamaan yang dijalankan pihak surau,” katanya.

Jelasnya, bagi menarik lebih ramai rukun tetangga menyertai sukan memanah itu, pihaknya turut menyediakan kelengkapan memanah.

“Ini kerana kita mahu menarik lebih ramai menyertainya termasuk membantu mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.


Abg Din mengayakan panahan berkuda bersama busur Lang Legar.

Syabas Untuk Semua!!!

Sumber : https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/11/502448/aktiviti-memanah-dituntut-sunnah



 

Tuesday, February 12, 2019

Busur Lang Legar (Turkish Horse Bow) 30 - 45lbs




Lang Legar Turkish Horse Bow 30 - 45lbs

Inspired by the Turkish horn bow, Lang Legar will definitely meet your horseback archery needs as it is well structured for a dynamic shooting. Be it for thumb draw or Mediterranean draw, both will be drawn smoothly up to 29 inches length due to its unique shape and material used. Attached with a nice leather grip, a hand shock while releasing the arrow is almost impossible.
Specifications;
*Bow Length Strung : 39Inches
*Bow Mass : 350 grams
*Draw Weight: 30 - 45
*Highstrength epoxy fiberglass and hardwood
********************************************
SPECIAL PROMO RM450 ONLY!!
✔️Free Bow sock Polyster
✔️Free Cartel Saunder Nocking
Come with FASTFLIGHT Bowstring
Feel Power! Feel The Experience!

Arrouha Manufacturer
Designer : Zairol Daud
#arrouha #memanah #busur #panah #archery






Monday, October 30, 2017

Arrouha™ Leather Handmade Traditional Bow string String Keeper


Arrouha™ Leather Handmade Traditional Bow string String Keeper 



Handmade Leather Bow String Keeper - will assist in keeping the bow string in place when your bow is unstrung.  These items are all handmade.

INSTRUCTIONS:
  • Remove string from upper limb nock leaving the string loop over the limb.
  • Keep the lower string loop placed in the nock on the lower limb.
  • Place the Arrouha™ String Keeper over the upper nock with lace lying on the back of the bow limb. 
  • Slip the Lace Knot and Button through the upper string loop. 
  • Hold the Knot and push the Button up until the bowstring is snug.

Price RM35

By Arrouha™

IMG-9348.jpgIMG-93531.jpgcapture (9).jpgIMG-93511.jpgcapture (10).jpgIMG-93561.jpg

















 
BEST-SELLING and TRUSTED BRAND in the market by LOCAL Bow Maker.
 



Monday, February 20, 2017

Busur Jati Tunggal

Product Details

The most advanced Simplicity, engineered by Arrouha™ team to fits any shooter especially for first timers. High demand of easy handling, durability and modern styling makes the Jati Tunggal one of the best bow in community.

Specifications;
  • Draw Weight : 28 lbs
  • Draw Length : 28 Inches
  • Bow Length : 49 Inches
  • Material High :Strength Fiberglass
  • Handle grip : Black Leather

Colour
  • black 
  • blue 
  • green 
  • orange 
  • white 
  • yellow
  • cameo





001.jpg









or



📞Zairol 0192781829
📧zairo@arrouha.com
www.arrouha.com


Wednesday, February 15, 2017

Turkish Laminated Bow X One™ Vibration Slow Motion View


Turkish Laminated Bow X-One by Arrouha Archery


     The bellies are high strength fiberglass. The bamboo are prepared in good engineered with combination of the both sided fiberglass with high strength epoxy. This sandwich system has been made to provide uniform bonding of adhesive. The maple wood are attached as kassan / tip.


     Joint part of the kassan, kabza to sal are wrapped together with nylon thread. Then kabza are attached with soft material for archer comforts.Then the bellies are wrapped with black leather leather. The wrapping at arrow zone are using soft goat leather with lustre applied as protective element.


     Dried sinew are kassan tip are applied for strengthen to nock during release to prevent crack in shear failure of wood grain.It prepared traditionally for as ancient method of application. Yes seem to be easy but need more skill to get in workable. 


     Like the ancient bows, these modern-ancient ones are made without arrow rests. So will be used right- or left- handed. Most folk use a leather glove to protect were the arrow passes over the side of the bow hand. Yeah definitely you may use either Thumb or Mediterranean draw.


     By smooth draw your release is easy and the energy goes into the arrow. Well say no stack at even 28" draw length. 


Finally this bow has been made with inner heart of passion!


By : Zairol Daud

Arrouha™ Group Malaysia

www.arrouha.com

www.arrouha.my

www.mybusur.com

Email : zairo@arrouha.com




Sunday, January 22, 2017

Teknik Mengelakkan Kesakitan Dilibas Tali Busur

Teknik mengelakkan kesakitan dilibas tali dan lebam pada lengan bg pemanah tradisional
Assalamualaikum salam jumaat~
Short video utk sahabat sahabat yg baru nak belajar memanah tradisional...
Semoga ia dapat memberi keselesaan pada anda sewaktu memanah...
Ada banyak teknik dan cara lagi. Tapi utk save data dan masa kalian saya bagi satu petua dan teknik mudah utk memastikan kedudukan lengan kita betul atau tidak sewaktu memanah...
Jangan kutuk lak, apa la manah tak full draw manah pun tak kena la. Tujuan saya tarik sikit tu nak menunjukkan macamana tali tu melibas tangan tarik full draw kang ngan busur 60 pound tu sebulan tak ilang lebamnya , sakitt wooo...so jangan kecam cara saya manah dalam ni sebab bukan itu yg nak di highlightkan...
Lets keep it sweet n simple.
Saya suka memanah tradisional sebab ia simple sweet dan instinctive...
Semoga bermanafaat buat pemanah yg baru nak belajar memanah...
Buat abang abang dan guru guru... saya nasihatkan jangan tengok~ buang masa tuan tuan sahaja... jangan membazir data ;)
Memanah itu menyeronokkan dan tidak menyakitkan...
P/s: jangan kecam saya bang... saya budak baru belajar...saya benarkan utk di share... semoga ramai tak sakit lagi bila memanah...
Lepas ni kita belajar teknik tarik busur yg tak menyakitkan pulak

Credit to : BENDAHARA ALAM WARISAN

Cre;)