Saturday, August 15, 2020

Archery Bow Poundage Berapa Yang Sesuai Untuk Saya??

  Satu faktor yang paling penting sekiranya ingin melamar sesebuah busur adalah Daya Berat ( Poundage ), apakah Daya Berat yang sesuai untuk anda. Pemilihan poundage yang sesuai dapat membantu postur badan yang baik, pengalaman memanah yang baik, dan akan mengurangkan tahap kesakitan dan keletihan selepas sesi latihan memanah.

Berat Badan dan Daya Berat Tarikan adalah berkait rapat dan sangat berguna untuk menentukan daya berat yang tepat. Daya berat akan berbeza sekiranya perkembangan otot anda mula meningkat melalui latihan yang berterusan.

Apakah Daya Berat ini?

Bow poundage??

Biasa kita dengar atau temui istilah ini pada situasi berikut

  • Katalog busur
  • Kedai archery
  • Penjual busur
  • Buku panduan memanah
  • Etc

Poundage adalah dinisbahkan kepada daya berat tarikan.. iaitu UNIT bagi pengiraan berat (WEIGHT).

Tulisan ringkasannya adalah Lbs

Sebagai contoh Unit Weight yg sering digunakan untuk mengukur berat,

  • Kg = Kilogram
  • Lbs = Pounds
  • MT = Metric Tonne 
  • T = Short Tonne 
  • Oz = Ounce
  • Gr = Grains

https://www.unitconverters.net/

Bagaimana Nak Ukur Poundage??

 

                                                          Bow Scale

                             

                                                            Luggage Scale

                                                   

                                                        Body Weight Scale

 

Manakala unit untuk pengiraan berat pada busur adalah merujuk kepada DAYA TARIKAN TALI BUSUR


Ini adalah gambarajah secara ringkas bagaimana mengukur daya berat busur.

 


Ianya diukur pada kadar 28" ( B + S ) iaitu ideal panjang tarikan bagi kebanyakan orang

Kebiasaan ukuran adalah menggunakan weight scale yang khusus digunakan bagi busur.

 

 

Poundage Berubah Dari Setiap Draw Length??  

Perlu diingatkan tarikan yang kurang dari 28" akan menghasilkan Poundage yang lebih rendah, begitu juga tarikan melebihi 28" akan menghasilkan Poundage yang lebih tinggi dari yang tertera di busur.
 
Kebanyakan busur terutama Turkish, Tatar, Crimean dan sebagainya akan menggunakan 28'' sebagai indicator dan dicatatkan pada busur untuk rujukan Pemanah.
 
Manakala ada busur seperti Korean, Ming yang menggunakan 2 label iaitu 28" dan 33" ini adalah mengikut teknik tarikan seperti Korean Draw yang memerlukan panjang tarikan sehingga 33".
                                                            rule

Tarikan 1 Inch ~ menghasilkan 2-5lbs  ( -/+) berdasarkan bentuk busur

 
Anda boleh mengukur Draw Length masing2, menggunakan pembaris atau sekiranya ada Draw Length Scale adalah lebih baik.
 
Anda akan dapati setiap busur akan tertulis Marking (Poundage)# @ (Draw Length)"
 
Denote: 
# = Lbs. ( Poundage )
@ = pada kadar 
 
 
 
Untuk kanak-kanak biasanya panjang tarikan adalah sekitar 25-26Inches. Ibu bapa bole anggarkan poundage yg bersesuaian disebabkan poundage yg tertera adalah pada kadar tarikan 28Inches.


Semoga bermanfaat.
 
 



 
 

 

 

No comments:

Post a Comment