SCAMMER ?? FRAUD ?? PENIPU ?? SKIM Cepat Kaya bole pegi Haji balik hari
Kalo nak kisahkan berlambak2 kes2 SCAMMER ni berlaku kat Malaysia, sebab modus operandi ada saja depa tukar2 yang terbaru.. tapikan kalo tak tukar modus operandi pun orang Malaysia ni tetap kena tipu..huhu..
"TerSONTOT Di Pintu Shorga"
Nama2 hebat seperti Tok Belagak DEPB , Kazanah Bangsa, Shafie Idris IIGR, ARBA dan seangkatan dengannya.
Ni amik dari sumber satu blog ni tatau shohih ke tak anyway...ianya tetap berlaku betul tak?? tak caya?? try la join kut nak tersontot terduduk..hihi
Kita kecilkan scope kita hanya dalam bidang Jualan Peralatan Memanah saja ok.,
So dari observation aku ada beberapa kategori yang benda ni boleh jadi SCAM ni.
Memang Niat Asal Nak SCAM
Ni jenis hampeh manusia macam ni yg tak bertanggung jawab. Basically scammer ni dia dah ada experience dgn produk lain sebelum ni. Jadi bila ada New Season yang mendapat sambutan,. jd dia mulakan Modus Operandi ( yang ada 1001 mcm jenis ) guna 1 pun dah ramai pakat tertipu.Mudah je,.
a) Bukak Facebook page / Individual Fake account yang pastinya free. Post setiap hari, utk tunjukkan page tu aktif
b) Bukak blogspot - pastinya free lagi..
Register bebrapa Marketplace contoh Lazada dan Shopee untuk membuktikan mereka ini agak established.
Bukak website berbayar - RM200-RM300 ni nak tingkatkan lagi keyakinan customer utk nak berurusan especially kes melibatkan puluh ribu keatas,,,pedehal bayar RM300 setahun.
Asal betul last sekali TER SCAM
Orang jenis ni banyak sebab apa kadang dia tak mampu nak uruskan perniagaannya atau dengan kata lain tak terurus mungkin sebab2 tertentu (bad habit, lupa kata laluan online, phone masalah, sakit demam, sibuk dgn bisnes lain pd masa yg sama, mungkin dah TERKAYA tetiba so duit tuan/puan dia tak pandang ler dan etc ).a) Reseller
Kategori reseller online yang supplier tatau pun dia ni jual barang dia. Yg ni aku dah jumpa beberapa orang yg mana dia advertised produk kita tpi harga agak sedikit mahal. Bila ditanya dia cakap dia tak de kedai dan hanya amik order. Bila diberitahu yg kita owner produk dia cepat2 minta maaf.
Bila disemak dia advertised byk betul pelbagai jenis barangan yg pelbagai kategori bayang kan kalo satu produk tu supply tak pos. Then mcm mana nak jawab. dgn customer.
That why jumpa nama dia kat dalam web yg ckp dia ni scammer..
So RESELLER pls be cautious. Kalo nak jd reseller ok tapi kena la bgtau supplier supaya mudah berurusan.
b) Dropshipper
Orang ni amik order dengan orang lain dan lepas dapat order dia terpaksa deal dengan supplier. Wahal dia takde pun barang tu kat dia. Kategori dropshipper ni okay kurang risiko dengan reseller yang tak berdaftar.
c) Ex - Agent / Dealer / Partner
Mereka ni biasanya sebelum ni penah jadi agen jualan produk2 tertentu tetapi dah meninggalkan syarikat tersebut. Tetapi masih nak dapatkan audience yang sama tetapi menawarkan barangan lain.
Kes2 mcm ni aku hadapi sendiri hanya nak dapatkan customer sanggup cakap produk keluaran Arrouha sebaliknya menawarkan produk lain. So dah kira TIPU kan?
Alhamdulillah customer org yang baik juga, bila call dia ckp dia beli dengan orang sekian2 dan bank-in, janji nak pos tapi sampai seminggu bila call tak angkat dan whatsapp tak balas. So nak expect customer cakap pe?? Dah sah la ckp awak tu SCAMMER amik duit tp takde jawapan bila ditanya. Mungkin ada masalah kesihatan atau phone rosak atau apa2 tapi pada masa yang sama kena bertanggungjawab pada pelanggan kita. So fikirkan cara terbaik untuk kedua2 belah pihak.
Jangan biarkan BAD ATTITUDE memusnahkan diri kita.
Ni contoh yang masih panas ketika ini.. semoga kes ni dapat diselesaikan sebaiknya
Ni pula jenis BAD ATTITUDE, org dah bank in pastu senyap terus.
Yang ni pula RESELLER
Macam mana nak semak SCAMMER/FRAUD ??
Tahukah anda, bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah membangunkan satu laman untuk anda membuat semakan NO TELEFON, NAMA SYARIKAT atau NO AKAUN BANK sebelum anda berurusan?Walaupun tiada dalam carian ianya tidak bermaksud bukan SCAMMER / FRAUD / PHISHING.
Sebaiknya siasat latar belakang
- Person/Company/
- No Telefon
- No Account
Andai di Facebook, ebay, shopee, lazada - boleh lihat review pengguna mengenai service mereka.
Ambil lah sedikit masa untuk buat carian sebelum anda berakhir dengan kesalan.
Bagi pihak kami Arrouha akan cuba sedaya upaya untuk memastikan pihak pengguna menerima servis terbaik. Sekiranya mempunya masalah boleh terus hubungi saya di semua channel dibawah.
Disini saya ingin maklumkan Official Store untuk produk Arrouha adalah seperti berikut
zairo@arrouha.my
Arrouha Sports & Outdoors Sdn Bhd (1231824-U)
No 22, Jalan Mutiara 4/2, Taman Sri Nanding
43100 Hulu Langat, Selangor
www.arrouha.my
No comments:
Post a Comment