Sunday, December 2, 2018

Petri Saadong The Series bersama Busur Arrouha #petrisaadongtheseries

Assalamualaikum wbt.
Kali ni Arrouha® berjaya memikat hati Tuan Petri Saadong ..
Drama bersiri  #petrisaadongtheseries yang akan muncul dikaca tv anda sepanjang 30 episod yang menampilkan ramai pelakon terkenal baru dan juga lama..
Tuan Director : Raja Ahmad Alauddin
Penerbit : Datuk Seri Rezza Shah  ( Pelak
on dan Penyanyi popular era 80an.. Ali Setan, Marah Marah Sayang, dll..)


40482441_1053427444826434_6282896174739447111_n (1)
Watak utamanya ialah Pekin Ibrahim (Sultan Abdullah) dan heroinnya Octovia Manrose
 ( Puteri Saadong), dan pelakon yang turut membintangi drama tersebut ialah Sasqia Dahuri (Paduka Cik Siti Wan Kembang), Afiq Muiz (Raja Abdul Rahim), Datuk TS Jefry (Raja Siam), Zoee Tan (Permaisuri Siam), Mustapha Kamal (Raja Loyor) dan Syed Aiman (Raja Bendahara Bahar).
42120190_736746236673144_2290630637817598464_n.jpg
IMG_7939
Yang paling menarik drama ni menggunakan dialek kelantan sepenuhnya…dan pelakon2 nya kebanyakan orang kelate,,,

Kisah Puteri ( Petri) Saadong
Puteri Saadong atau Mariam (memerintah antara tahun 1667–1671), merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang, Raja Wanita Pertama negeri Kelantan. Nama penuh Puteri Saadong ialah Tuan Puteri Saadong binti Raja Loyor; juga memakai gelaran Puteri Vijaya Mala, Raja Jembal; merupakan anak perempuan Raja Loyor bin Raja Sakti, Raja Jembal.
Puteri Saadong telah dibawa oleh Cik Siti Wan Kembang ke Bukit Marak apabila ibunya meninggal dunia.[1][2] Puteri Saadong menggantikan pemerintahan ayahdanya yakni Raja Jembal pada tahun 1667, lalu Puteri Saadong ditabal sebagai Sultan Kelantan pada tahun yang sama. Baginda Puteri Saadong merupakan raja wanita ke-dua di negeri Kelantan.
Cik Siti Wan Kembang telah memperkenankan perkahwinan antara Puteri Saadong dengan sepupunya iaitu Raja Abdullah bin al-Marhum Sultan Samiruddin, Raja Kelantan-Selatan (Jembal) apabila Puteri Saadong berumur seawal usia 15 tahun.
Puteri Saadong telah ditangkap oleh tentera Siam lalu dijadikan permaisuri kepada Raja Narai, Raja Siam (kini Thailand), untuk menggantikan kehidupan suaminya. Berikutan penangkapan Puteri Saadong, Raja Abdullah mengambil pendirian untuk menunggu kepulangan Puteri Saadong, baginda Raja Abdullah tidak lagi berkahwin. Namun selepas bertahun-tahun menunggu, Raja Abdullah mengambil kepuusan untuk berkahwin lain.
Apabila Puteri Saadong telah kembali semula ke Bukit Marak untuk mencari Raja Abdullah untuk berkahwin semula. Lalu Puteri Saadong telah kecewa apabila mendapati Raja Abdullah telah berkahwin dengan wanita lain, atas perasaan amarah yang mendalam, Puteri Saadong bertekad lalu telah membunuh Raja Abdullah dengan menggunakan keris sanggul yang disemat dirambutnya.
Selepas insiden tersebut, Puteri Saadong telah meninggalkan Bukit Marak lalu hilang tanpa dijejaki lagi. Makam Raja Abdullah sehingga hari ini masih boleh dilihat dan dilawati di Padang Halban, Melor di daerah Bachok, Kelantan.


Sebagai salah satu Sponsorship untuk penyediaan props peralatan memanah dan choreographer untuk teknik-teknik memanah bagi watak2 yg menggunakan busur tradisional, kami menggembleng tenaga dgn team props utk menghidupkan lagi karektor dan movement of action untuk scene  memanah.
IMG_7931
sesi training sebelum solat jumaat.

image_6483441 (1)
Close-up anak panah mengena buah tembikai…ada tembus, ada terkena sikit…ada sipi2..
IMG_8613IMG_8614
Betulkan teknik kepada pelakon zalfazin
IMG_8619IMG_8622
Nantikan effect dia camna dalam drama nanti..
image_6483441
buat hal plak Tuan Puteri cucuk mata hamba,,,
IMG_7957
Kami berdua juga dijemput juga sebagai membawa watak panglima..scene dimana ada pertandingan memanah antara anak raja..

IMG_7959IMG_7966IMG_8055
Antara busur yang digunakan adalah busur terbaru turkish Lang Legar , busur Tatar (masih RND), busur Melayu digunakan semasa penggambaran Ratu Kala Jengking..
Pihak kami menyediakan perkhidmatan props busur mengikut zaman, dan choreography untuk teknik memanah supaya iainya menepati teknik sebenar dan pro.









Saturday, December 1, 2018

Teknik Repair Limb Busur Yang Terkopak

Assalamualaikum wbt,

Salam perpaduan...

Memanah amat menyeronokan apatah lagi memanah bersama kawan2 dihujung minggu..
Tetapi sedang elok2 sedang menarik arrow untuk nak lepaskan arrow tetiba ada kedengaran bunyi KREKKKKK....rupa2nya busur anda telah  TERKOPAK pada bahagian hujung limb..Ya ALLAH..
Apa PERASAAN anda diketika ITU??   seolah2 DILENYAPKAN segala KEGEMBIRAAN bersama keluarga dan rakan2 kan...

So jangan bimbang.. jangan jadikan ini PENYEBAB anda hilang minat dalam akitiviti MEMANAH...

Situasi macam ni kerap berlaku..dan ada penyelesaian yang amat mudah,,

Yang PASTI, ANDA MAMPU MELAKUKANNYA SENDIRI !!! Ya betul.. JOM saya bantu ANDA..

Saya sering menerima Whatsapp juga dari FB msgr utk pertanyaan mengenai ini..dan tak kurang menerima busur2 yang diposkan ke Arrouha untuk dibaik pulih.

Dibawah adalah sebagai contoh Delamination Failure

Bow Category : Recurve
Failure Category : Limb Delamination End
Affected Length : Appx 2 Inches

Bahan Yang diperlukan :

  1. - Sellotape Tape ( Transparent Adhesive Tape )
  2. - Paper Knife
  3. - Epoxy Bowsmith
  4. - Round File - Smooth ( Kikir Bulat )
  5. - Grinder

 Langkah - Langkah :


Balutkan Sellotape keseluruhan, dan gunakan lapik yang sesuai ( gambar dibawah adalah EVA foam) untuk diapit dengan menggunakan Apit-G yang bersesuaian size, dengan kadar tekanan yang tidak terlalu kuat.





Sediakan Epoxy Bowsmith dengan nisbah bancuhan 1 : 1 , anggaran 5grams + 5 grams kacau dengan sebati sehingga nampak kepekatan terlarut dengan sempurna.




Balut tempat kerosakan dengan menggunakan Sellotape ianya untuk mengelakkan dari terkena Epoxy
pada bahagian limb






Ratakan bancuhan epoxy ke tempat yang terbukak terutama tempat belahan.

Biarkan semalaman, epoxy mencapai tahap strength yang diperlukan adalah selama 24jam.



Keesokan hari, bukak apit-G  dan tanggalkan semua balutan sellotape dan bersihkan semua kesan epoxy yang keras pada bahagian yang tidak diperlukan.




Boleh menggunakan grinder untuk hilangkan lebihan epoxy yang kering dan polish menggunakan wax untuk hilangkan kotoran dan mendapatkan permukaan yang bersih dan kilat.

Wednesday, July 25, 2018

Lela Kenchana Turkish Bow for Beginner and Kids



Lela Kenchana Turkish Bow for Beginner and Kids

Providing for aspiring kid archers with everything they need to get started and learn to hot the target.

Recommended for children from 5 to 12 years old which requires adult supervision.
Arrouha are designing equipment to specifically fit the needs of kids to ensure can safely develop their archery skills.

Specifications
  • - Draw Weight 23lbs
  • - Draw Length 35Inches
  • - Bow Material : High Strength Fiberglass with Bamboo lamination
  • - Handle Grip : Quality Black Leather
  • - Shooting Range : 70meter


#arrouha #memanah #lelakenchana #langlegar #archery


















 
BEST-SELLING and TRUSTED BRAND in the market by LOCAL Bow Maker.







Sunday, July 1, 2018

Lang Legar Turkish Horse Bow 30 - 45lbs



Lang Legar Turkish Horse Bow 30 - 45lbs

This bow are designed ideal for Intermediate Horse Back Archer. Feel the powerful performance with modern material durable and flexible with cheapest price ever. Nice quality handmade.


Specifications;
• Bow Length Strung : 38 Inches • Bow Mass : 350 grams • Draw Weight: 30 - 45 lbs • Highstrength fiberglass and hardwood.
Feel Power! Feel The Experience!
Arrouha Manufacturer Designer : Zairol Daud #arrouha #memanah #busur #panah #archery

















 
BEST-SELLING and TRUSTED BRAND in the market by LOCAL Bow Maker.