Tuesday, January 1, 2019

Artificial Sinew Untuk Baik Pulih Arrow & Busur Anda



Assalamualaikum WBT


Salam Tahun Baru 2019,

Post terdahulu telah pun saya kongsikan mengenai dried sinew atau bahasa kita cakap Urat Keting kering yang telah digunakan sejak zaman terdahulu untuk elemen bahan dalam seni pembuatan busur. https://mybusur.com/epoxy-resin-bow-making/

Dried Sinew keluaran kami adalah menggunakan keting lembu yang di import dan diproses di Arrouha Sports & Outdoors Sdn Bhd, Hulu Langat, Selangor.
Keting Kering ini amat sukar didapati dan proses mengambil masa yang amat lama.

Option yang kita ada adalah Artificial Sinew ( Keting Tiruan ) yang banyak digunakan oleh pembuat arrow dan bow. Biasanya digunakan sebagai pengikat pada tempat yang sering mengalami masalah pecah kerosakan ketika digunakan.

Artificial Sinew ini adalah diperbuat dari polyster yang kuat dan dilapisi wax untuk menghindarkan halusan rerambut agar tidak cepat putus.

Ikatan pada penghujung handle busur yang selalunnya akan mengalami delamination
Ikatan pada groove siyah kadang kala akan terpecah disebabkan kayu yg digunakan adalah tidak kuat.
Ikatan pada nock ( type selfnock )