Tuesday, February 21, 2017

Mengapa Belajar Memanah?

Mengapa Belajar Memanah?

Sabda Rasulullah SAW :

“ Adakah kamu tahu bahawa kekuatan itu ada pada MEMANAH?”

Memanah sememangnya sumber kekuatan, bukan saja dari aspek jasmani, malah mendidik mental dan rohani menjadi lebih kukuh & teguh.

Memanah melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan sasaran sebagai satu matlamat. Aktiviti ini sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Sehubungan itu, jika emosi seseorang pemanah itu sedang tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini mampu melatih manusia bertenang, lebih fokus dan sabar serta belajar mengawal kestabilan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya boleh dididik menjadi insan yang lebih baik melalui riadah sunnah baginda junjungan besar Rasulullah SAW ini.

Perbuatan menarik anak panah serta melenturkan busur, dan kemudian melepaskannya memerlukan satu kekuatan fizikal. Secara tidak langsung, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.